Tuesday, July 26, 2016

Pakaian( Libas/tsiyab/sarabil/labus) dalam al-Quran

Surah: ayat: isi

Al-Baqarah: 187:“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bercampur dengan istri-istrimu, mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka”

Al-Aaraf:: 26,31:  ..tetapi pakaian taqwa itulah yang lebih baik..., Pakailah pakaian yang bagus ketika masuk masjid

Hud: 5:  Ingatlah, sesungguhnya (orang munafik itu) memalingkan dada mereka untuk menyembunyikan diri daripadanya (muhammad). Ingatlah, di waktu mereka menyelimuti dirinya dengan kain (pakaian). Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan, dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati.

Ibrahim: 5: "Pakaian mereka adalah dari pelangkin (ter) dan muka mereka ditutup oleh api neraka."

An-Nahl: 81: ...Dia cipta pakaian yang melindungimu dari panas dan pakaian(baju besi) yang memeliharamu dalam perang


An-Nahl: 14: Dan kamu mengeluarkan dan laut itu perhiasan (antara lain mutiara)
yang kamu pakai

Al-Anbiya: 80: “Dan telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu; maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah)”.

An-nur: 31:...menutup kerudung/tutup kepala mereka di atas dada-dada mereka...

An-naba: 10: ..Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian...

Ad-Dukhan: 53: Mereka memakai pakaian dari Sundusin (sutera halus) dan (istabroq)Sutera tebal duduk berhadapan

Al-Insan: 21: Dipakaikan mereka sutera halus hijau(khudrun) dan sutera tebal

Al-mudatsir: 4: Dan bersihkanlah pakaianmu..



Ketika Abu Umamah memakai pakaian baru, ia berdo’a dengan do’a berikut: 
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ كَسَانِيْ مَاأُوَارِيْ بِه عَوْرَتِيْ وَأَتَجَمَّلُ بِه فِيْ حَيَاتِيْ.
“Segala puji bagi Allah yang telah memberi saya pakaian untuk menutupi aurat saya dan untuk memperindah penampilan dalam hidup saya.”





لايمان عريان ولباسه التقوى
“Iman itu telanjang, pakaiannya adalah takwa.”


Sunday, July 17, 2016

Ciri-ciri pakaian wanita islam

Salam Maghrib..

Hope belom terlambat nak wish Selamat Hari Raya :)
Tengah buat ape tu.. terima kasih sebab jengah ke blog saya :)
Petang ni saya nak share sikit, since dah lama tak menulis.hihi..
Tambahan lagi saya ni menjual pakaian, especially Wanita..tu ingt nak kongsi and remind diri saya sendiri tentang Menutup Aurat secara sempurna..yelah tak pasal2..Suami n Ayah kite tanggung dosa kering T_______T"



Ok..kat sini ada jgk garis panduan dari "Risalah tentang Pakaian, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil"

Ciri-ciri yang ditetapkan oleh Islam bagi pakain wanita ia sebagaimana berikut;

1. Hendaklah menutup kawasan aurat. Aurat wanita ialah seluruh badannya kecuali muka dan tangan sahaja yang harus didedahkan mengikut jumhur ulamak).
2. Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan
3. Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh
4. Tidak menyerupai pakaian lelaki
5. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq
6. Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan
7. Bukan pakaian syuhrah (iaitu pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh orang lain, yakni untuk menunjulkan perbezaan diri dengan orang lain)
8. Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.


Last but not least.. saya jugak nak quote Surah An-nur: Ayat 31 tentang kewajipan menutup aurat :)

"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan – umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
[Surah an-Nur, ayat 31]

Semoga kita semua terpelihara dari fitnah dan dapat amal


Popular Posts

Categories

VirtualShopper.co

Instagram

Text Widget

Powered by Blogger.

Facebook

Recent Posts

Recent in Sports

Header Ads