Pages

Sunday, July 17, 2016

Ciri-ciri pakaian wanita islam

Salam Maghrib..

Hope belom terlambat nak wish Selamat Hari Raya :)
Tengah buat ape tu.. terima kasih sebab jengah ke blog saya :)
Petang ni saya nak share sikit, since dah lama tak menulis.hihi..
Tambahan lagi saya ni menjual pakaian, especially Wanita..tu ingt nak kongsi and remind diri saya sendiri tentang Menutup Aurat secara sempurna..yelah tak pasal2..Suami n Ayah kite tanggung dosa kering T_______T"



Ok..kat sini ada jgk garis panduan dari "Risalah tentang Pakaian, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil"

Ciri-ciri yang ditetapkan oleh Islam bagi pakain wanita ia sebagaimana berikut;

1. Hendaklah menutup kawasan aurat. Aurat wanita ialah seluruh badannya kecuali muka dan tangan sahaja yang harus didedahkan mengikut jumhur ulamak).
2. Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan
3. Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh
4. Tidak menyerupai pakaian lelaki
5. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq
6. Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan
7. Bukan pakaian syuhrah (iaitu pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh orang lain, yakni untuk menunjulkan perbezaan diri dengan orang lain)
8. Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.


Last but not least.. saya jugak nak quote Surah An-nur: Ayat 31 tentang kewajipan menutup aurat :)

"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan – umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
[Surah an-Nur, ayat 31]

Semoga kita semua terpelihara dari fitnah dan dapat amal


No comments:

Post a Comment