Pages

Monday, June 6, 2016

Ramadan 1st



Ramdan 1st....

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat”

Tiba-tiba... kita buat tidak tahu sahaja. Like nohing happens. Tak nak menambah amal. Tidak tergerak untuk meninggalkan kejahatan. Dosa, pahala, Syurga, Neraka, memang tak menarik langsung untuk diberi perhatian.

Maknanya memang seseorang yang tidak mempedulikan Ramadhan, tak ingin langsung dengan apa-apa yang ada di sisi Tuhan. Tak peduli dan langsung tidak mahu mengambil tahu. Sungguh orang seperti ini tiada kena mengena dengan Allah SWT!

Pinggan tak retak, nasi tak dingin,

Allah tak hendak, dia pun tak ingin!








Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka). Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan [Al-Hashr 59 : 19-20]


Rebutlah...before u endlessly regret.

MENU SANTAPAN ROHANI SEPANJANG BULAN RAMADHAN YG MULIA*

1. Tilawah Al Qurān sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat Tarawih minima 8 rakaat setiap mlm. jika berkemapuan cuba solat tarawih 20 rakaat.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. *Beri makan orang berbuka puasa* walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
5. *Solat fardhu 5 waktu berjamaah* setiap hari.
6. *Tahajjud* setiap malam minima 2 rakaat.
7. *Solat *Sunat Dhuha* setiap pagi.
8. *Sedekah* setiap hari minima seringgit.
9. Pastikan *bersahur* setiap hari.
10. *Iktikaf di Masjid* setiap hari walau sekadar 30 minit.
11. *Tadarus Al Qurān* sambil usaha memahami maksudnya.
12. *Kurangkan ziarah ke bazar2 Ramadhan*.
13. Pilih *makanan Sunnah* sebagai menu harian.
14. *Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik*.(tukang jual dan masak tak tutup aurat)
15. *Jauhkan aktiviti yg lagha.*
16. *Zikir harian (zikir al-Matsurat zikir pagi dan petang)*, banyakkan *berdoa*.
17. Lazimi bibir *berIstighfar* sekurang2nya 100x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan *sifat rendah hati* kerana *ALLAH*
19. Mudah *memohon maaf* dan *memberi maaf.*
20. Menjaga dan menghubung *Silaturrahim*
21. Menjaga dan *menutup aurat* dengan sempurna
22. *Menjaga _lisan, pandangan, pendengaran & hati_* dari perkara2 yg dilarang.
23. *Tidak berlebih2an* mahupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan *amalan2 sunat* - solat sunat rawatib.
25. *Lazimi sunnah RasuluLLAH SAW* yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
26. Lazimi utk *kawal dan tahan marah*, didik diri untuk lebih bersabar.
27. Lazimi lidah utk sentiasa *bersyukur* dan memperbanyakkan syukur kpd ALLAH SWT di kala senang maupun susah.
28. Menjaga *Ikhtilat* - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar *Zakat Fitrah* dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. *Ziarah* orang yg kurang bernasib baik.
31. Ikhlaskan hati kerana ALLAH SWT - *hadirkan ALLAH SWT* di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

Mudah2an kita semua mendapat segenap Bantuan untuk dapat melaksanakannya.



Kesemua ini adalah proses sharpen the saw, yang dilakukan sebagai Sunnatullah di sebalik Syariatullah untuk ISTIQAMAH. Even John F. Kennedy once said that “time to repare the roof is when the sun is shining!”

“Sediakan payung sebelum hujan”.

Jadikan Ramadhan sebagai bulan bekalan untuk 11 bulan yang next


No comments:

Post a Comment